Kisah Rabiatul Adawiyah

🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

*📃CERITA HARI INI*

*🌸NUSANTARA CINTA RASUL🌸*

💦RABIATUL ADAWIYAH💦

Rabiatul Adawiyah adalah seorang
wali Allah yang mengabdikan dirinya
kepada Allahسبحا نه و تعا لى.
Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini.

Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di
mana kejahilan menyelebungi
masyarakat arab, kebanyakan sekolah
agama telah ditutup.

Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki
sampannya dia akan mendendangkan
lagu yang merdu ketika mendayung
sampan.

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia.
Dia menggantikan tempat ayahnya
sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu.

Mendengarkan suaranya yang merdu
itu menarik hati seorang lelaki untuk
membawanya untuk dipersembahkan
kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.

Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya
merasa insaf dengan segala perbuatannya karena kejahilannya itu sedangkan ayahnya adalah seorang guru agama.

Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk sendirian berzikir kepada Allahسبحا نه و تعا لى.

Dia juga disiksa oleh raja dengan
kerja yang berat.

Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah karena raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir.

Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja.

Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allahسبحا نه و تعا لى.

Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat
memohon doa kepada Allahسبحا نه ووتعا لى. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.

Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit.

Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat adakh Rabiatul Adawiyah
masih ada atau sudah pergi. Kelihatan
Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan
berdoa.

Sampai habis tempo masa Rabiatul
berkhidmat dengan raja, akhirnya dia
dilepaskan oleh raja.

Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.

Apabila dia pulang ke kampungnya, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah.

Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.

Pada suatu malam,
seorang pencuri datang kepondok
Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi
mencuri di situ.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang sholat.
Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa
dan ingin membunuh Rabiatul Adawiyah.

Lalu dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah.

Tiba-tiba dia menjadi keras dan
pisaunya terjatuh.

Rabiatul Adawiyah
terkejut.
Rabiatul Adawiyah mengatakan pada
pencuri itu:
"Ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri
tetapi mengapa ingin membunuhnya.
Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersholat serta memohon pada Allahسبحا نه و تعالى apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allahسبحا نه و تعا لى agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Tiba2 pada saat  bersamaan diluar
kelihatan kereta kuda yang membawa
banyak harta yang menuju ke arah
pondok Rabiatul Adawiyah.

Raja menghantar orang untuk memberi
Rabiatul Adawiyah harta yang banyak.
Apabila orang itu datang menemui
Rabiatul Adawiyah karena ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul
Adawiyah mengatakan dia tidak
pernah meminta harta dari Allahسبحا نه ووتعا لى tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allahسبحا نه و تعا لى jadi berikanlah harta itu
kepada orang yang memintanya.

Pencuri itu gembira karena mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.

Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekejab mata.
Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelak itu.

Lelaki itu menjelaskan kepadanya
bahwa wanita yang ditemuinya itu
adalah wali Allah.
Dia berasa terkejut
dan menyesal karena tidak berterima
kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu
dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya.
Tetapi sayang karena saat dia dtg Rabiatul
Adawiyah  Akhirnya
sudah pergi menemui
kekasihnya(Allah Ta'ala).

Semoga cerita ini bermanfaat bagi saya n anda yg membacanya

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞.*

🌺 *| Nusantara Cinta Rasul |* 🌺

♡ _Cinta Rasul International Community_ ♡

Komentar

Postingan populer dari blog ini

*DO’A KHUSUS BULAN RAMADHAN*

*Biografi Singkat Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Alwi Alkaff SH.*

Shalawat Fatimiyah