Kisah Laki2 yg lupa membaca shalawat kepada Rasulullah SAW

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

*📃CERITA HARI INI*

*🌸NUSANTARA CINTA RASUL🌸*

KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHALAWAT KEPADA RASULULLAH  ﷺ.

Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahwa ada seorang lelaki yang lupa membawa shalawat kepada Rasulullahﷺ 

Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullahﷺ tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,

"Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?"

Rasulullah ﷺ menjawab,

"Tidak."

Beliau bertanya lagi,

*"Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?"*

Rasulullah ﷺ menjawab,

*"Karena aku tidak mengenalmu."*

Lelaki itu bertanya lagi,

"Bagaimana tidak mengenaliku? *Sedangkan aku salah satu dari ummatmu.*

Para Ulama' meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya."

Rasulullah ﷺ menjawab,

"Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan bershalawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan shalawat mereka kepadaku."

☘Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk bershalawat keatas Rasulullahﷺ setiap hari 100kali.

Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullahﷺ lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ﷺ bersabda,

*"Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu."*

Ini adalah karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullahﷺ dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullahﷺ

Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ﷺ, hendaklah ia  perbanyakkan bacaan shalawat.

Sumber:

Kitab Mukasyafatul Qulub, bab IX, hal 55, karangan Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Al Ghazali RA-

#Muhasabah
#PerbanyakanSolawat

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌺 *| Nusantara Cinta Rasul |* 🌺

♡ _Cinta Rasul International Community_ ♡

Komentar

Postingan populer dari blog ini

*DO’A KHUSUS BULAN RAMADHAN*

*Biografi Singkat Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Alwi Alkaff SH.*

Shalawat Fatimiyah