Kisah Masyitoh dan Bayinya

🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

*📃CERITA HARI INI*

*🌸NUSANTARA CINTA RASUL🌸*

💦KISAH MASYITAH  DAN BAYINYA💦

Sebagaimana maklum, Firaun
dengan segala kesombongan dan
kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan
memperhambakan diri kepadanya.

Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh.
Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya.
Namun begitu terdapat beberapa
orang yang telah sedar dan beriman
kepada Allah سبحا نه و تعا لىdi antaranya Siti Asiah,isteri Firaun dan keluarga Masyitah.

Masyitah adalah pelayan raja dan
lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun.

Mereka terpaksa menyembunyikan
iman mereka kepada Allah سبحا نه و تعا لى, dengan itu mereka tidak akan diganggu.

Tetapi pada satu hari,sewaktu Masyitah sedang menyikat
rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu
terjatuh dan dia dengan tidak
sengaja melatah dan menyebut "Allah".

Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", diapun bertanya kepada Masyitah:
"Siapakah"Allah" itu.

Masyitah padamulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahwa Allah itu adalah Tuhan yang.Esa dan Tuhan sekalian Alam.

Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal
Masyitah itu.

Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya.

Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang
bernama Hamman untuk membunuh
Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah.

Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya.
Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan
menguruskan istana Firaun.

Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.
Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang
lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa.
Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak
dilakukan oleh manusia yang tidak
berhati perut itu. Hamman telah
memaksa pengawal-pengawalnya
untuk menyediakan sebuah kawah
yang besar untuk mencampakkan
Masyitah dan keluarganya yang
ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mau kembali kepada Firaun.

Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya
termasuk seorang anaknya yang
masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama
ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang
berisi air panas yang mendidih.

Maka dengan tegas Masyitah dan
suaminya tetap mempertahankan
keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia
biasa.

Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan
mencampakan satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih.

Sambih ketawa terbahak-bahak
dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan
anak-anaknya yang lain.

Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu.

Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.

Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan
kasihan melihat anaknya yang masih
kecil itu disiksa sedemikian rupa.

Masyitah mula ragu-ragu hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaanAllahسبحا نه و تعا لى, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata- kata kepada ibunya,Masyitah :
"Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita"

Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan
iman mereka kepada Allahسبحا نه و تعا لى.

Tetapi Allahسبحا نه و تعا لى tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati.

Allah سبحانه و تعا لى datangkan kepada Firaun,Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih.

Allahسبحا نه و تعا لى runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut.
Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir.

Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia didalam syurga.

Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi.
Lantas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bertanya
kepada Jibril yang mengiringinya,
maka jawab Jibril a.s :
*"ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga."*

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Sahabat....

Begitulah keistimewaan yang Allahسبحا نه و تعا لى berikan kepada Masyitah.

Walaupun tubuhnya dan tubuh
keluarganya hancur, namun di sisi
Allahسبحا نه و تعا لى mereka sangat mulia.

Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini.

Kesusahan dan kekurangan, kata
nista manusia dan kejian di dalam
membangunkan Islam itu hanyalah
sementara.

Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allahسبحا نه و تعا لى.

Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah سبحا نه و تعا لىdan Rasul itu melebihi dari segalanya.

Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam.
Insya Allah kita akan
selamat di dunia dan akhirat.

Marilah sama-sama mencontohi
Masyitah yang sanggup
mengorbankan nyawanya dan nyawa
keluarganya demi mendapatkan
cinta kepada Allahسبحا نه و تعا لى.

Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

Sumber:

📄Kisah2 wanita teladan dalam Islam

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞.*

🌺 *| Nusantara Cinta Rasul |* 🌺

♡ _Cinta Rasul International Community_ ♡

🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋🌼🕋

Komentar

Postingan populer dari blog ini

*DO’A KHUSUS BULAN RAMADHAN*

*Biografi Singkat Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Alwi Alkaff SH.*

Shalawat Fatimiyah